Monday, September 9, 2013

Siapakah Tuhan kamu?

Allah adalah tuhan saya. Allah juga tuhan kamu. Semua makhluk adalah dicipta dan dijadikan oleh Allah. Tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan, pendengaran dan penglihatan Allah. Allah sentiasa dengar saya dan kamu. Allah sentiasa melihat saya dan kamu. Allah sentiasa mengawal saya dan kamu, bahkan semua makhluk sama ada yang di daratan, di lautan dan di mana jua berada sentiasa dalam genggaman Allah. Sehinggakan pergerakan sebutir pasir yang berada di dasar lautan gelap dalam sekalipun tetap berada dalam genggaman dan kekuasaan Allah swt. Di Akhirat nanti penghuni syurga dapat melihat wajah Allah swt, namun bukan ketika kita berada di dunia ini. Mengapa? kerana kita tidak mampu untuk melihat Allah swt. Lihatlah bagaimana suatu ketika, kisah ketika nabi Musa ingin melihat wajah Allah swt secara terus, maka Allah swt terlebih dahulu perintahkan nabi Musa untuk melihat pada gunung yang diperlihatkan Cahaya Allah, gunung pun hancur. Nabi Musa amat ketakutan dan pengsan. Di dunia ini apakah cahaya yang lebih hebat dari sinar matahari? mampukah seseorang melihat beberapa minit cahaya matahari, jawabnya tiada yang mampu. Di akhirat, ada segolongan manusia yang memakai mahkota yang sinarnya lebih terang dari cahaya matahari. siapakah mereka? mereka adalah dari kalangan ibubapa beriman yang anak mereka telah membaca al-Quran di atas muka bumi ini. Kita tidak terjangkau untuk membayangkan apatah lagi untuk melihat cahaya yang sebegitu hebat di dunia ini. Justeru apatah lagi apabila Allah menyatakan diriNya adalah Cahaya Atas Cahaya. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar.... Maha Hebat Engkau Ya Allah.

Tuesday, February 19, 2013

mentor-mentee

program atas dasar kekeluargaan yang melebihi peranan dalam bilik darjah. Misi utamanya adalah pembentukan jati diri yang mempunyai akhlak yang tinggi.