Tuesday, February 4, 2014

kertas kerja program minda sihat



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BATANG KALI
                 44300 BATANG KALI
                   SELANGOR DARUL EHSAN
______________________________________________________________________­                    

PROGRAM :  MINDA SIHAT – GURU PENYAYANG 2013


1.0.   OBJEKTIF

1.1.   Membimbing dan mendedahkan kepada murid cara menjaga kesihatan minda yang baik.

1.2.   Membina sikap positif di kalangan pelajar agar mempunyai keyakinan apabila menghadapi sesuatu tekanan atau cabaran.

1.3.   Pelajar dapat memahami serta mengamalkan budaya hidup harmoni berteraskan kasih sayang.

2.0.   SASARAN

            Murid Tingkatan 1,2, dan 4

3.0.   PELAKSANAAN

6.1. Tarikh                       : Jadual dilampirkan
6.2. Tempat                     : Dewan terbuka Laman Ilmu
6.3. AJK Pelaksana:

AJK PELAKSANA   
Pengerusi                    : Dr. Hj. Wan Mohd Tahir b. Wan Ibrahim.
                                      (Pengetua Cemerlang)
                        Naib Pengerusi 1        : Pn. Norhayati bt. Ariffin
                                                              (GPK HEM)
                        Naib Pengerusi 2        : Tn. Hj Abdul Razak b. Yusof
                                                              (GPK Petang)
                        Naib Pengerusi 3        : Pn. Shamsida bt. Mohd Nor
                                                              (GPK Tadbiran & Kurikulum)
                        Naib Pengerusi 4        : Pn. Norhayathi bt Mohd Don
                                                              (GPK Ko-kurikulum)
                        Penyelaras                  : E. Roslan bin Omar
                                                              (Guru Bimbingan dan kaunseling)
                        Setiausaha                  : Pn.Hjh Noramah bt. Jamil
                                                              (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

                        AJK                             :  Semua guru Tingkatan 1,2, dan 4
                                                              








4.0.  KEWANGAN:

SUMBER KEWANGAN
RM
PERBELANJAAN
RM

1. Peruntukan Pejabat Kesihatan Hulu Yam



4000.00  





1.Program Ceramah Minda sihat

2. Pameran

3.Program ceramah-perkongsian

4. Program jom kayuh

5. lawatan Menara KL

300.00

 
200.00

800.00


500.00

2200.00

Jumlah

RM4000.00

               Jumlah

RM4000.00




6.    PENUTUP:

Diharap program ini dapat membantu murid  untuk memiliki kesihatan minda yang baik di samping mempunyai jati diri yang cemerlang.



Disediakan oleh:                                                                     Disemak  dan disahkan oleh oleh:


……………………….                                                             ………………………..

                                                 
Lampiran

JADUAL AKTIVITI PROGRAM MINDA SIHAT – GURU PENYAYANG

BIL

TARIKH

AKTIVITI

TEMPAT

1
20.9.2013
CERAMAH – MINDA SIHAT/ MENGURUS STRES


LAMAN ILMU
2
18.9.2013
PAMERAN – KESIHATAN, AADK, KERJAYA


LAMAN ILMU
3
27.9.2013
SEJENAK BERSAMA ARTIS- IWAN, dr SAM, JOHAN ASHAARI, RADHI OAG-CERAMAH PERKONGSIAN (SIHAT ROHANI)


(PETANG) LAMAN ILMU
4
5.10.2013
JOM KAYUH SIHAT
LAMAN ILMU - HULU RENING


5
8&9.10.2013
LAWATAN SIHAT- MENARA KUALA LUMPUR
LAMAN ILMU –   MENARA KL



   :


                                             
                                          








DILULUSKAN OLEH


…………………………………….

kertas kerja mentor-mentee



PROGRAM MENTOR MENTEE

SMK BANDAR BARU BATANG KALI

44300 BATANG KALI,
SELANGOR DARUL EHSAN


1.0          PENGENALAN

Program mentor mentee ini merupakan salah satu daripada elemen penjagaan yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk parent subtittute kepada pelajar-pelajar. Tujuan program ini ialah untuk mewujudkan beberapa hubungan di mana merangkumi hubungan di antara pelajar yang dikenali sebagai mentee manakala guru pula dikenali sebagai mentor. Antara hubungan mentor mentee ialah:

1.1          Hubungan mentor mentee sebagai ibu bapa angkat dengan anak angkat
1.2          Hubungan pelajar dengan pelajar dalam kumpulan mentor
1.3          Hubungan ibu bapa angkat dengan ibu bapa pelajar
1.4          Hubungan ibu bapa angkat denmgan kaunselor
1.5          Hubungan ibu bapa angkat dengan guru tingkatan dan guru mata pelajaran.

2.0          ORGANISASI

Melalui program ini, para pelajar dibahagikan kepada kumpulan pelajar yang terdiri daripada lima belas hingga tujuh belas orang. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada tingkatan yang sama, dibimbing oleh seorang mentor. Guru inilah yang menjadi ibu bapa angkat kepada kumpulan pelajar tersebut sepanjang persekolahan di sini. Tegasnya, mentor ini mengambil alih tugas ibu/bapa pelajar berkenaan semasa mereka berada di sekolah ini. Pertemuan dirancangkan dengan tarikh-tarikh ditetapkan sebagai panduan perbincangan semasa pertemuan rasmi itu.

3.0          OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:

3.1          Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi kemajuan dalam bidang akademik.
3.2          Membimbing dan menunjuk ajar pelajar supaya menjadi pelajar yang bermotivasi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi.
3.3          Merapatkan hubungan antara guru dan pelajar.
3.4          Merapatkan hubungan pelajar dengan pelajar.
3.5          Merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa pelajar.
3.6          Membantu menyelesaikan masalah pelajar seperti masalah pelajaran dan sahsiah pelajar.
3.7          Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik.
3.8          Memberi pengetahuan mengenai bidang kerjaya dan peluang belajar mengikut bidang-bidang tertentu sesuai dengan potensi pelajar-pelajar.

4.0          BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :

4.1          menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada mentee-menteenya.
4.2          Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat semasa perjumpaan.
4.3          Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.
4.4          Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran dan kumpulan belajar.
4.5          Bekerjasama dengan guru tingkatan dalam merancang, mengadakan dan mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.
4.6          Mengadakan perjumpaan rasmi sekali untuk setiap bulan dan laporan hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Pen.Kanan.
4.7          Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya.
4.8          Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka sesuai dan wajar.
4.9          Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin akan membahayakan diri mentee dan orang lain.


5.0          TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di bawah jagaannya semasa menjalankan sesi kelompok. Antaranya ialah :
           
5.1          susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan perjumpaan kelompok itu. Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok, kedudukan mentee berbentuk bulatan face to face.
5.2          Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-tajuk yang ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman semasa sesi berlangsung.
5.3          Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang.
5.4          Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan, kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara langsung mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi dalam kemahiran berkomunikasi.
5.5          Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai (reliable & trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran dan tepat masa.
5.6          Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan dibincangkan.
5.7          Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.
5.8          Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee supaya dengan ini, mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan.
5.9          Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.
5.10        Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan mendapat manafaat daripada program yang dijalankan.
5.11        Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee berinteraksi secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai memberi taklimat.
5.12        Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak diri.


6.0          PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan sesi kelompok ialah :
           
6.1          membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.
6.2          Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali antara satu sama lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat releks. Dengan harapan kelompok dapat diterokai, sebarang permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh mentee-mentee.
6.3          Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan rasa selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan masing-masing.
6.4          Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam kelompok.
6.5          Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok yang saling menerima dan memahami betapa setiap individu itu adalah berbeza.
6.6          Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya dapat memberi respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap kejadian dalam kelompok.
6.7          Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai sense of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.
6.8          Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan kepada apa yang berlaku here and now.
6.9          Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.
6.10        Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

7.0          PROSES PERJALANAN KELOMPOK

Berikut adalah etika kelompok yang menjadi panduan mentor dalam menjamin keberkesanan sesi:

7.1          memulakan sesi denagn bacaan ummul kitab/salam sejahtera.
7.2          Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.
7.3          Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi;
-          tujuan sesi
-          perjumpaan untuk kepentingan ahli
-          perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu peribadi.
-          Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif.
-          Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja.
-          Sumbangan idea sangat digalakkan
-          Ketepatan masa sangat dititikberatkan
-          Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
-          Beri peluang kepada semua ahli.
7.4          Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.
7.5          Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat rumusan dan pandangan.
7.6          Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan bersama.
7.7          Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.
7.8          Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan di luar kelompok.
7.9          Rumuskan idea yang dibincangkan.
7.10        Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.
7.11        Sesi ditangguhkan dengan surah Al-asr dan tasbih kifarah.

8.0          ETIKA KELOMPOK

8.1          penerimaan tanpa syarat
8.2          kerahsiaan
8.3          bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung
8.4          ketepatan masa
8.5          tidak menghukum
8.6          kepercayaan
8.7          kejelasan komunikasi
8.8          membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee
8.9          sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan kepada kaunselor  untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling individu.
8.10        Sebagai model setiap aspek.

9.0          ISU-ISU PERBINCANGAN

9.1          Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu semasa yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan terlalu terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.
9.2          Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan tidak tergantung.
9.3          Laporan bagi setiap perjumpaan perlulah diserahkan kepada penyelaras tingkatan program mentor mentee untuk tindakan susulan.
9.4          Senarai nama penyelaras program mentor mentee adalah seperti berikut:

- Tingkatan 1     : Puan Sharifah binti Osman
- Tingkatan 2     : Puan Faizaton binti Shafie
- Tingkatan 4     : Puan Nor Akmar binti Manap

(sekiranya ada apa-apa pertanyaan, sila berhubung dengan kaunselor pelajar untuk maklumat lanjut)

Semoga program mentor mentee ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak.






































        Lampiran

SESI
ISU PERBINCANGAN
INPUT DAN KAEDAH
1
Penerokaan kendiri
v  Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri mentor (ice breaking).
v  Mendapat maklumat tentang diri mentee seperti latar belakang.
v  Wujudkan kemesraan
v  Wujudkan kejelekitan
v  Wujudkan sense of belongings di kalangan mentee
2
Potensi diri
v  Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli
v  Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi
v  Ciri-ciri positif dan negatif
3
Pengurusan masa
v  Kemahiran dalam pengurusan masa seharian di sekolah/rumah.
v  Bijak menggunakan masa untuk program kendiri
v  Programkan masa untuk akademik
v  Agihkan masa dengan penjadualan yang mantap bagi pelajaran, kegiatan ko kurikulum tugas-tugas lain.
v  Peruntukkan masa untuk beribadat.
4
Perkembangan sahsiah
v  Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan sahsiah
v  Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan sahsiah. Bincangkan.
v  Kaitkan dengan tokoh-tokoh
v  Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik
v  Kongsikan program yang boleh membantu dalam perkembangan sahsiah
v  Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan di kalangan ahli.
5
Teknik-teknik Belajar
v  Kepentingannya
v  Cara belajar berkesan
v  Teknik menjawab soalan mengikut format PMR/SPM
v  Kemahiran membuat nota/cara membaca cepat
v  Cara memahami fakta dengan cepat
v  Cara mengingat fakta
v  Cara memahami soalan-soalan
6
Pengaruh Kelompok
v  Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang boleh mendorong kepada unsur negatif dielakkan
v  Meniru budaya negatif
v  Menganggotai klik
v  Anti establishment
v  Engkari disiplin sekolah
v  Bincangkan bagaimana untuk mengatasi
v  Contohi sikap yang positif
7
Perhubungan Kemanusiaan
v  Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung dengan rakan sebaya, guru dll.
v  Cara bergaul/komunikasi untuk acara rasmi/tidak rasmi dan prosedurnya
v  Cara saling hormat menghormati antara satu sama lain.