Monday, August 8, 2011

BERTUHANKAH KITA?

Allah itu tuhan yang esa. Tiada tuhan lain melainkan Allah. Allah menguasai seluruh makhluk termasuklah manusia, malaikat, jin, syaitan, binatang, tumbuh-tumbuhan, dan semua benda. ...ayat tadi macam dah terlalu biasa bagi orang Islam sekarang, tp hakikatnya dalam diri kita hampir tidak ada keyakinan pada Dia, ...ALLAH. Kenapa umat hari ini lemah beramal ibadah? kenapa x solat? kenapa x puasa? kenapa buat maksiat?.... jawapannya mudah ....sebab masalah IMAN. antara dua... sama ada masalah lemah iman atau tidak ada iman di dlm hati. Iman?? iman atau yakin dengan ALLAH yang menguasai setiap benda ataupun kita panggil makhluk. Allah mengawasi setiap pergerakan butiran pasir walaupun di dasar lautan, Allah menguasai pergerakan setiap helaian daun pokok di atas muka bumi ini, Allah menguasai setiap titisan air hujan, Allah juga menguasai pergerakan setiap manusia. malangnya.... kita sering lupa, bahkan kita x rasa bahawa Allah mengawasi kita.

Sunday, August 7, 2011

KEM PROSA D'TEPIAN RESORT, HULU YAM


CERIAKAN DIRI ANDA... Seramai 39 orang pelajar SMKBBBK telah berjaya mengikuti kem Prosa dengan gemilangnya. Prosa, iaitu Program Sekolah Angkat anjuran Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama pihak sekolah telah diadakan di D'Tepian Resorts. Walaupun frasarananya tidak begitu menarik namun keadaan persekitarannya cukup mempesonakan. Selama 2 hari 1 malam semua peserta disaji dengan pelbagai aktiviti berdasarkan modul yang disediakan oleh Lembaga Zakat. Makanan dan minuman dapat disediakan dengan baik sekali, apatah lagi dengan 4 orang chef muda dari kelas 5ert iaitu kak long and the gang. Apapun nadi utama perjalanan program adalah penglibatan guru-gurunya, Hajah Noramah, Hj Mohd Noor,Aini, Nazirul, din, Amir, Ustazah Su, dan Cik Mastura. Apa yang lebih penting, semua pelajar happy dan dapat mengutip pelbagai ilmu.

Thursday, July 28, 2011

AYAHANDA KAMI

Alhamdulillah, setelah hampir setengah tahun tidak mempunyai nakhoda akhirnya SMKBBBK menerima kehadiran seorang pengetua baru. Seorang lelaki yang mempunyai semangat tinggi dalam membangunkan jati diri pelajar sekolah ini. Beberapa siri program telah diadakan bagi mencungkil bakat kepimpinan di kalangan pelajar. Ayahanda kata 'saya ni datang bila-bila , dan balik pula tak tentu masa'. Ayahanda sanggup datang ke sekolah seawal jam 5 pagi dan balik hingga 12 malam. Ada kala tak balik langsung, bilik khas disediakan untuk ayahanda berehat.

Thursday, June 30, 2011

AL KISAH DI SRI PETALING

.......jenuh Q panjang sbb jem nak masuk ke stadium bukit Jalil. Aku nak ke masjid sri petaling sebab ada perhimpunan org Islam. satu situasi berbeza... ke kanan ke Stadium utk tgk game bolasepak, ke kiri ke masjid sri petaling untuk dengar 'bayan' atau tazkirah. Nampaknya golongan kiri tidak mendapat sambutan, sebabnya golongan ke kanan yang ke stadium lebih ramai. Tp aku yakin yang ke masjid bukan 'golongan kiri' tetapi hanya membelok ke kiri. ...harapan aku moga yang ke stadium dpt jaga solat. Surau ada kat stadium tu. apa pun yang kita buat solat jgn tinggal...