PROGRAM MENTOR MENTEE
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
44300 BATANG KALI,
SELANGOR DARUL EHSAN
1.0
PENGENALAN
Program mentor mentee ini
merupakan salah satu daripada elemen penjagaan yang memberi perkhidmatan secara
berkelompok yang berbentuk parent subtittute kepada pelajar-pelajar.
Tujuan program ini ialah untuk mewujudkan beberapa hubungan di mana merangkumi
hubungan di antara pelajar yang dikenali sebagai mentee manakala guru pula
dikenali sebagai mentor. Antara hubungan mentor mentee ialah:
1.1
Hubungan mentor mentee sebagai ibu bapa angkat
dengan anak angkat
1.2
Hubungan pelajar dengan pelajar dalam kumpulan
mentor
1.3
Hubungan ibu bapa angkat dengan ibu bapa pelajar
1.4
Hubungan ibu bapa angkat denmgan kaunselor
1.5
Hubungan ibu bapa angkat dengan guru tingkatan
dan guru mata pelajaran.
2.0
ORGANISASI
Melalui program ini, para pelajar
dibahagikan kepada kumpulan pelajar yang terdiri daripada lima belas hingga
tujuh belas orang. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada tingkatan yang sama,
dibimbing oleh seorang mentor. Guru inilah yang menjadi ibu bapa angkat kepada
kumpulan pelajar tersebut sepanjang persekolahan di sini. Tegasnya, mentor ini
mengambil alih tugas ibu/bapa pelajar berkenaan semasa mereka berada di sekolah
ini. Pertemuan dirancangkan dengan tarikh-tarikh ditetapkan sebagai panduan
perbincangan semasa pertemuan rasmi itu.
3.0
OBJEKTIF
Pembentukan program ini mempunyai
objektif yang tertentu, di antaranya ialah:
3.1
Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada
pelajar-pelajar, demi kemajuan dalam bidang akademik.
3.2
Membimbing dan menunjuk ajar pelajar supaya
menjadi pelajar yang bermotivasi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi.
3.3
Merapatkan hubungan antara guru dan pelajar.
3.4
Merapatkan hubungan pelajar dengan pelajar.
3.5
Merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa
pelajar.
3.6
Membantu menyelesaikan masalah pelajar seperti
masalah pelajaran dan sahsiah pelajar.
3.7
Melatih pelajar menjadi seorang yang
bertanggungjawab, berdisiplin, mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut
yang baik.
3.8
Memberi pengetahuan mengenai bidang kerjaya dan peluang
belajar mengikut bidang-bidang tertentu sesuai dengan potensi pelajar-pelajar.
4.0
BIDANG TUGAS MENTOR
Antara bidang tugas seorang
mentor kepada menteenya ialah :
4.1
menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa
angkat kepada mentee-menteenya.
4.2
Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada
perkongsian maklumat semasa perjumpaan.
4.3
Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada
mentee-mentee.
4.4
Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran
dan kumpulan belajar.
4.5
Bekerjasama dengan guru tingkatan dalam merancang,
mengadakan dan mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan
rohani, jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.
4.6
Mengadakan perjumpaan rasmi sekali untuk setiap
bulan dan laporan hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Pen.Kanan.
4.7
Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee
berhubung dengan sebarang masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah
jagaannya.
4.8
Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap
penglibatan mereka sesuai dan wajar.
4.9
Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak
pentadbir mengenai maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang
mungkin akan membahayakan diri mentee dan orang lain.
5.0
TANGGUNGJAWAB MENTOR
Mentor akan bertanggungjawab
sepenuhnya kepada mentee-mentee di bawah jagaannya semasa menjalankan sesi
kelompok. Antaranya ialah :
5.1
susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap
iaitu sebaik-baiknya disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan
perbincangan perjumpaan kelompok itu. Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok,
kedudukan mentee berbentuk bulatan face to face.
5.2
Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan,
perbincangan tajuk-tajuk yang ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan
pengalaman-pengalaman semasa sesi berlangsung.
5.3
Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang
diperuntukkan mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan
mentee, ini penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang.
5.4
Wujudkan setting climate yang berbentuk
keberanian, keterbukaan, kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba
dan secara langsung mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi dalam
kemahiran berkomunikasi.
5.5
Bertindak sebagai motivator yang
mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai (reliable & trustworthy), bertanggungjawab,
berpengetahuan, berkemahiran dan tepat masa.
5.6
Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang
akan dipraktik dan dibincangkan.
5.7
Sentiasa mengingatkan matlamat program dan
perjumpaan, mengaitkan teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.
5.8
Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara
mentor dan mentee supaya dengan ini, mentee jelas dan faham input-input yang
dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan.
5.9
Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya
perbezaan di kalangan mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara
berfikir.
5.10
Seharusnya enjoy himself, di mana mentee
mempelajari sesuatu dan mendapat manafaat daripada program yang dijalankan.
5.11
Menggalak dan mewujudkan situasi di mana
mentee-mentee berinteraksi secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai
memberi taklimat.
5.12
Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan
yang diadakan dan memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk
kontrak diri.
6.0
PANDUAN MENTOR
Antara panduan yang boleh diikuti
oleh mentor semasa perjumpaan sesi kelompok ialah :
6.1
membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan
ini mentee akan merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program
ini.
6.2
Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal
aktiviti untuk mengenali mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali
antara satu sama lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat
releks. Dengan harapan kelompok dapat diterokai, sebarang permasalahan dapat
dibincang dengan penuh keterbukaan oleh mentee-mentee.
6.3
Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa
sangat selesa dan rasa selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan
masing-masing.
6.4
Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik
perbincangan dan kawal mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan
dalam kelompok.
6.5
Fleksible dengan aktiviti yang dirancang,
wujudkan budaya kelompok yang saling menerima dan memahami betapa setiap
individu itu adalah berbeza.
6.6
Perhatikan pergerakan non verbal/body
language/clues mentee supaya dapat memberi respon terhadap kefahaman dan
persepsi mereka terhadap kejadian dalam kelompok.
6.7
Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan
mereka dipunyai sense of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan
bukan klik.
6.8
Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta
memberi tumpuan kepada apa yang berlaku here and now.
6.9
Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan,
sentiasa bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.
6.10
Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.
7.0
PROSES PERJALANAN KELOMPOK
Berikut adalah etika kelompok
yang menjadi panduan mentor dalam menjamin keberkesanan sesi:
7.1
memulakan sesi denagn bacaan ummul kitab/salam
sejahtera.
7.2
Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.
7.3
Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi;
-
tujuan sesi
-
perjumpaan untuk kepentingan ahli
-
perbincangan adalah rahsia terutama
perkara-perkara yang terlalu peribadi.
-
Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif,
dinamik dan kolektif.
-
Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin
sahaja.
-
Sumbangan idea sangat digalakkan
-
Ketepatan masa sangat dititikberatkan
-
Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran
-
Beri peluang kepada semua ahli.
7.4
Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan
kepada kelompok.
7.5
Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee
sebelum membuat rumusan dan pandangan.
7.6
Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat
persetujuan bersama.
7.7
Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan
profesional.
7.8
Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk
perlu dimanfaatkan di luar kelompok.
7.9
Rumuskan idea yang dibincangkan.
7.10
Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang
kepada mentee-mentee.
7.11
Sesi ditangguhkan dengan surah Al-asr dan tasbih
kifarah.
8.0
ETIKA KELOMPOK
8.1
penerimaan tanpa syarat
8.2
kerahsiaan
8.3
bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi
berlangsung
8.4
ketepatan masa
8.5
tidak menghukum
8.6
kepercayaan
8.7
kejelasan komunikasi
8.8
membantu menyelesaikan persoalan-persoalan
kelompok dan mentee
8.9
sekiranya didapati mentee yang benar-benar
bermasalah, sila rujukkan kepada kaunselor
untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling individu.
8.10
Sebagai model setiap aspek.
9.0
ISU-ISU PERBINCANGAN
9.1
Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada
mentor. Mentor boleh menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih
sendiri isu-isu semasa yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama
mentee. Jangan terlalu terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.
9.2
Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor
berperanan sebagai fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan.
Perbincangan perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun
mentee agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan
tidak tergantung.
9.3
Laporan bagi setiap perjumpaan perlulah
diserahkan kepada penyelaras tingkatan program mentor mentee untuk tindakan
susulan.
9.4
Senarai nama penyelaras program mentor mentee
adalah seperti berikut:
- Tingkatan 1 : Puan Sharifah binti Osman
- Tingkatan
2 :
Puan Faizaton binti Shafie
- Tingkatan 4 : Puan Nor Akmar binti Manap
(sekiranya ada
apa-apa pertanyaan, sila berhubung dengan kaunselor pelajar untuk maklumat
lanjut)
Semoga program
mentor mentee ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak.
Lampiran
SESI
|
ISU PERBINCANGAN
|
INPUT DAN KAEDAH
|
1
|
Penerokaan kendiri
|
v
Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri
mentor (ice breaking).
v
Mendapat maklumat tentang diri mentee seperti
latar belakang.
v
Wujudkan kemesraan
v
Wujudkan kejelekitan
v
Wujudkan sense of belongings di
kalangan mentee
|
2
|
Potensi diri
|
v
Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli
v
Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang telah
diperolehi
v
Ciri-ciri positif dan negatif
|
3
|
Pengurusan masa
|
v
Kemahiran dalam pengurusan masa seharian di
sekolah/rumah.
v
Bijak menggunakan masa untuk program kendiri
v
Programkan masa untuk akademik
v
Agihkan masa dengan penjadualan yang mantap
bagi pelajaran, kegiatan ko kurikulum tugas-tugas lain.
v
Peruntukkan masa untuk beribadat.
|
4
|
Perkembangan sahsiah
|
v
Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan sahsiah
v
Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan
sahsiah. Bincangkan.
v
Kaitkan dengan tokoh-tokoh
v
Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik
v
Kongsikan program yang boleh membantu dalam
perkembangan sahsiah
v
Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan di
kalangan ahli.
|
5
|
Teknik-teknik Belajar
|
v
Kepentingannya
v
Cara belajar berkesan
v
Teknik menjawab soalan mengikut format PMR/SPM
v
Kemahiran membuat nota/cara membaca cepat
v
Cara memahami fakta dengan cepat
v
Cara mengingat fakta
v
Cara memahami soalan-soalan
|
6
|
Pengaruh Kelompok
|
v
Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang boleh
mendorong kepada unsur negatif dielakkan
v
Meniru budaya negatif
v
Menganggotai klik
v Anti
establishment
v
Engkari disiplin sekolah
v
Bincangkan bagaimana untuk mengatasi
v
Contohi sikap yang positif
|
7
|
Perhubungan Kemanusiaan
|
v
Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung
dengan rakan sebaya, guru dll.
v
Cara bergaul/komunikasi untuk acara
rasmi/tidak rasmi dan prosedurnya
v
Cara saling hormat menghormati antara satu
sama lain.
|