Sunday, August 7, 2011

KEM PROSA D'TEPIAN RESORT, HULU YAM


CERIAKAN DIRI ANDA... Seramai 39 orang pelajar SMKBBBK telah berjaya mengikuti kem Prosa dengan gemilangnya. Prosa, iaitu Program Sekolah Angkat anjuran Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama pihak sekolah telah diadakan di D'Tepian Resorts. Walaupun frasarananya tidak begitu menarik namun keadaan persekitarannya cukup mempesonakan. Selama 2 hari 1 malam semua peserta disaji dengan pelbagai aktiviti berdasarkan modul yang disediakan oleh Lembaga Zakat. Makanan dan minuman dapat disediakan dengan baik sekali, apatah lagi dengan 4 orang chef muda dari kelas 5ert iaitu kak long and the gang. Apapun nadi utama perjalanan program adalah penglibatan guru-gurunya, Hajah Noramah, Hj Mohd Noor,Aini, Nazirul, din, Amir, Ustazah Su, dan Cik Mastura. Apa yang lebih penting, semua pelajar happy dan dapat mengutip pelbagai ilmu.

No comments: