Monday, August 8, 2011
BERTUHANKAH KITA?
Allah itu tuhan yang esa. Tiada tuhan lain melainkan Allah. Allah menguasai seluruh makhluk termasuklah manusia, malaikat, jin, syaitan, binatang, tumbuh-tumbuhan, dan semua benda. ...ayat tadi macam dah terlalu biasa bagi orang Islam sekarang, tp hakikatnya dalam diri kita hampir tidak ada keyakinan pada Dia, ...ALLAH. Kenapa umat hari ini lemah beramal ibadah? kenapa x solat? kenapa x puasa? kenapa buat maksiat?.... jawapannya mudah ....sebab masalah IMAN. antara dua... sama ada masalah lemah iman atau tidak ada iman di dlm hati. Iman?? iman atau yakin dengan ALLAH yang menguasai setiap benda ataupun kita panggil makhluk. Allah mengawasi setiap pergerakan butiran pasir walaupun di dasar lautan, Allah menguasai pergerakan setiap helaian daun pokok di atas muka bumi ini, Allah menguasai setiap titisan air hujan, Allah juga menguasai pergerakan setiap manusia. malangnya.... kita sering lupa, bahkan kita x rasa bahawa Allah mengawasi kita.
Sunday, August 7, 2011
KEM PROSA D'TEPIAN RESORT, HULU YAM
CERIAKAN DIRI ANDA... Seramai 39 orang pelajar SMKBBBK telah berjaya mengikuti kem Prosa dengan gemilangnya. Prosa, iaitu Program Sekolah Angkat anjuran Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama pihak sekolah telah diadakan di D'Tepian Resorts. Walaupun frasarananya tidak begitu menarik namun keadaan persekitarannya cukup mempesonakan. Selama 2 hari 1 malam semua peserta disaji dengan pelbagai aktiviti berdasarkan modul yang disediakan oleh Lembaga Zakat. Makanan dan minuman dapat disediakan dengan baik sekali, apatah lagi dengan 4 orang chef muda dari kelas 5ert iaitu kak long and the gang. Apapun nadi utama perjalanan program adalah penglibatan guru-gurunya, Hajah Noramah, Hj Mohd Noor,Aini, Nazirul, din, Amir, Ustazah Su, dan Cik Mastura. Apa yang lebih penting, semua pelajar happy dan dapat mengutip pelbagai ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)