KELUAR 4 BULAN : CHILE (part 1)
Tak tau nak mula dari mana nak cerita.... itulah perkara yang bermain di benakku setiap kali nak memberi karguzari ( dalam bahasa urdu kut) atau laporan dalam bahasa kita Melayu. Sebab banyak perkara yang nak diceritakan. Maklum le fisrt time ambil takaza negara jauh ( takaza ni boleh kata makna permintaan mendesak) ...
Jemaah aku ni seramai 8 orang. 6 orang dari Batang Kali, sorang dari Sg Tua, dan sorang lagi dari Puchong. Ringkasnya, sebulan di Malaysia, 2 bulan lebih kat Chile, beberapa hari kat Argentina dan 10 hari kat Turki.
Sampai airport Santiago, Chile 7 Oktober 2015 dan bergerak balik dari airport Santiago pada 16 Disember 2015. Sebenarnya Argentina dan Turki tu hanya transit saja.... tapi sempat gak la keluar beberapa hari untuk buat kerja dakwah.
Mulanya kami di minta oleh syura Malaysia untuk menyediakan RM 8000.00 buat belanja keluar dijalan Allah. Lepas tu diminta pula untuk ke Chile dengan belanja RM10000.00. Tapi sebenarnya ... kalau bawa RM 12000.00 baru cukup .IbsyaAllah. tapi ni Route Selatan Chile... sebelah utara rasanya mahal lagi. sebab barang sebelah utara mahal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment