Monday, October 12, 2009

Mana yang lebih menjadi perhatian?

.... manakah yang lebih menjadi perhatian anda? adakah seorang pelajar yang aktif dan dianggap 'star' di sekolah tapi tak berapa bagus dalam akademik atau seorang pelajar yang bagus dari segi pencapaian akademik tapi tidak tahu menahu tentang hal-hal di padang serta persatuan.

GAYA KINI?

... remaja suka bergaya. Abis.... yang tua tak suka la ek??... ha jawab! jawab! ... selain dari punk, skin head, gothic, .... apa lagi gaya yang glamer masa ni ek?

Friday, October 9, 2009

TAK PAHAM AKU

.....selalu aku berselisih dengan budak-budak di awal pagi. Diorang nak ke sekolah. Aku baru balik dari surau. Langit masih gelap waktu tu. Dalam hati, aku terpegun dengan murid-murid macam ini. Tapi aku menjadi tak faham bila diorang pergi sekolah tapi tak ada langsung minat nak belajar. Apa yang menjadikan aku lebih tak paham, diorang bukan tak masuk ke kawasan sekolah, masuk kelas lagi, tapi lepas tu ramai yang lesap entah ke mana. Kan ke setiap pagi aku lihat diorang bersusah payah bangun awal, hari masih gelap, kadang-kadang ada yang naik motosikal minta emak hantarkan, tapi... tup-tup, cikgu je yang nak mengajar , murid yang nak diajar tak mahu diajar. Diam tak diam, amalan begitu dah masuk lima tahun. Pastu amik SPM, pastu tamat sekolah. Pastu sedih bila result keluar, sebab tak dapat bagus....

...ala bro! kalo dah gitu caranya... memang gitu ler hasilnya. ...tapi ingat, bagi yang dah gagal, ataupun yang akan menempah result gagal , keputusan gagal dalam peperiksaan bukan bermakna hidup u all gagal . Lain kali usaha lagi. Lain kali?.... ye ker? lain kali??

Wednesday, October 7, 2009

SI GIGI RONGAK



“Ayah, ayah, tu aper yah?” Tanya seorang anak kecil yang giginya sudah banyak yang rosak. Giginya lebih banyak hitam dari putih. Selagi jawapan tidak diberi, selagi itulah pertanyaan akan terpacul keluar dari mulut si kecil itu. Cukuplah dengan satu jawapan, walaupun ia bukan jawapan yang sebenarnya. Naik letih untuk menjawab setiap soalan demi soalan. Namun si gigi rongak ini menjadi teman sewaktu dinihari. Perhatiannya menggembirakan dan mencuit hati .
“Lah! Ni kenapa yang tidur di sini ni, pergi masuk bilik, tidur”, tegur ayah kepada anak kecil itu. “Nak tidur ngan ayah”, jawab si gigi rongak. Jawapannya melambangkan kesetiaan anak menunggu seorang ayah. Namun dalam kepala ayah, berbagai jawapan yang mendatang. “Mungkinkah dia takut aku keluar ke kedai? Mungkinkah dia mahu menumpang melakukan ‘kerja’ di atas meja komputer?”. Tidak ada tanda berdusta pada si gigi rongak yang rajin menabur kata.

aku di IPDA




Ketika sesuatu masih di depan mata, ramai yang buat-buat lupa, tetapi bila ia telah bertukar menjadi kenangan , pasti kita merindui waktu yang telah dilalui.

Tuesday, October 6, 2009

MULAKAN HARI INI


bila kita kata akan berubah ia sering tidak berlaku apa-apa. Sebabnya kita tidak mahu meletak masa terdekat dengan kita. Iaitu hari ini atau sekarang

SALAHKAH KAKAK

Seorang anak kecil dipanggil kakak, sering mengundang segunung kesabaran disebabkan aktiviti hariannya menyebabkan rumah bertaburan. Beberapa kali kakak merendam banyak pakaian dalam baldi dan besen dengan air paip. Malangnya, pakaian tersebut baru dicuci dan dikeringkan. Beberapa kali juga kakak membancuh milo dan nescafe. Malangnya, minuman dibancuh dengan air di dalam besen dalam tandas. Beberapa kali juga kakak mendapat peluang menggunakan bedak. Malangnya, kakak menghabiskan sebotol bedak untuk ditabur ke lantai. Meskipun begitu, salahkah kakak? kakak anak kecil yang bergelar O.K.U. Kakak tak pernah menagih dilahir begitu. Kehadiran kakak sebenarnya untuk membantu. Membantu sesiapa sahaja termasuk ayah dan ibu, mencari sebanyak mana pahala sabar buat bekal di tempat yang pasti dituju.