Tuesday, October 6, 2009

SALAHKAH KAKAK

Seorang anak kecil dipanggil kakak, sering mengundang segunung kesabaran disebabkan aktiviti hariannya menyebabkan rumah bertaburan. Beberapa kali kakak merendam banyak pakaian dalam baldi dan besen dengan air paip. Malangnya, pakaian tersebut baru dicuci dan dikeringkan. Beberapa kali juga kakak membancuh milo dan nescafe. Malangnya, minuman dibancuh dengan air di dalam besen dalam tandas. Beberapa kali juga kakak mendapat peluang menggunakan bedak. Malangnya, kakak menghabiskan sebotol bedak untuk ditabur ke lantai. Meskipun begitu, salahkah kakak? kakak anak kecil yang bergelar O.K.U. Kakak tak pernah menagih dilahir begitu. Kehadiran kakak sebenarnya untuk membantu. Membantu sesiapa sahaja termasuk ayah dan ibu, mencari sebanyak mana pahala sabar buat bekal di tempat yang pasti dituju.

No comments: