“Ayah, ayah, tu aper yah?” Tanya seorang anak kecil yang giginya sudah banyak yang rosak. Giginya lebih banyak hitam dari putih. Selagi jawapan tidak diberi, selagi itulah pertanyaan akan terpacul keluar dari mulut si kecil itu. Cukuplah dengan satu jawapan, walaupun ia bukan jawapan yang sebenarnya. Naik letih untuk menjawab setiap soalan demi soalan. Namun si gigi rongak ini menjadi teman sewaktu dinihari. Perhatiannya menggembirakan dan mencuit hati .
“Lah! Ni kenapa yang tidur di sini ni, pergi masuk bilik, tidur”, tegur ayah kepada anak kecil itu. “Nak tidur ngan ayah”, jawab si gigi rongak. Jawapannya melambangkan kesetiaan anak menunggu seorang ayah. Namun dalam kepala ayah, berbagai jawapan yang mendatang. “Mungkinkah dia takut aku keluar ke kedai? Mungkinkah dia mahu menumpang melakukan ‘kerja’ di atas meja komputer?”. Tidak ada tanda berdusta pada si gigi rongak yang rajin menabur kata.
No comments:
Post a Comment